suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu nampak lampu merah ketika polis serbu rumah pelacuran, rupanya taktik jijik sembunyi penyakit kelamin!

Antara premis dipercayai menjadi pusat pelacuran yang diserbu di Kuala Lumpur. -Foto DBKL

SUDAH menjadi kelaziman di Malaysia, istilah 'rumah merah' digunakan bagi merujuk kepada pusat pelacuran atau sarang maksiat yang menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Penggunaan istilah ini berakar daripada pengaruh global, khususnya zon pelacuran tersohor Red Light District di Amsterdam, Belanda.

Untuk rekod, kawasan yang dikenali sebagai De Wallen ini wujud sejak abad ke-14 sebagai pusat persinggahan pedagang dan pelaut dari serata dunia.

Seiring peredaran zaman, lorong bersejarah ini berkembang menjadi zon pelacuran berlesen yang terkenal dengan deretan tingkap kaca bercahaya merah.

Penggunaan lampu merah itu kemudiannya menjadi antara ciri yang dikaitkan dengan kawasan pelacuran di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Antara individu yang ditahan ketika tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang menawarkan perkhidmatan seks di kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur. -Foto DBKL

Malah, pencahayaan sedemikian juga sering kelihatan dalam rakaman serbuan pihak berkuasa terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di negara ini.

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa warna merah dipilih dan bagaimana ia mula dikaitkan dengan aktiviti berkenaan?

Daripada sudut sejarah, industri pelacuran berkembang di beberapa kota pelabuhan utama Eropah yang sering dikunjungi pelaut dan pedagang.

Ketika itu, sebahagian pelanggan terdiri daripada pelaut yang menghabiskan masa berbulan-bulan di laut.

Keadaan tersebut turut dikaitkan dengan risiko penularan pelbagai penyakit, termasuk jangkitan kelamin dalam kalangan pekerja seks.

Situasi ini sekali gus mendedahkan pekerja seks kepada risiko jangkitan kelamin yang tinggi.

DBKL meneruskan tindakan dan pemantauan yang melibatkan aktiviti persundalan. -Foto DBKL

Antara teori yang sering dikaitkan dengan penggunaan lampu merah ialah keupayaannya menghasilkan pencahayaan suram sehingga menyukarkan keadaan kulit dilihat dengan jelas.

Keadaan itu dipercayai digunakan sebagai helah untuk menyembunyikan tanda-tanda penyakit seperti sifilis yang boleh menyebabkan ruam, luka, kudis dan keguguran rambut.

Dalam suasana cahaya merah yang malap, pelanggan dikatakan lebih sukar mengesan kesan jangkitan pada tubuh pekerja seks.

Namun harus diingat, di sebalik sejarah penggunaan lampu merah, kegiatan pelacuran tetap membawa pelbagai risiko, khususnya daripada aspek kesihatan.

Hubungan seks tanpa perlindungan boleh menyebabkan penularan jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea dan HIV.

Di Malaysia, pihak berkuasa terus giat menjalankan operasi dan serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran serta aktiviti tidak bermoral yang berkaitan.

Pada masa sama usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko kesihatan akibat penularan jangkitan kelamin perlu dipergiatkan.

Artikel Lain