suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamal Adli kesal warga Rohingya dipercayai pukul remaja tempatan, minta pihak berkuasa bertindak

PELAKON Kamal Adli berasa kurang senang selepas menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang remaja tempatan didakwa dipukul berulang kali oleh seorang individu yang dikatakan warga Rohingya.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang wajar berlaku, lebih-lebih lagi membabitkan individu yang diberikan ruang untuk menetap di negara ini.

"Saya tengok video itu, yang dipukul tak membalas dan tak tahu keadaan budak itu macam mana.

"Jadi saya rasa benda macam itu bukan satu perkara yang seronok untuk ditengok.

"Si pemukul pula bukan orang Malaysia yang kita dah bagi ruang untuk mereka tinggal di sini," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Kamal memberitahu dia turut mengajukan persoalan mengenai kejadian itu menerusi platform Threads kerana ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara sebenar.

Jelasnya, pertanyaan tersebut juga dibuat bagi mewakili orang ramai yang ingin mengetahui situasi sebenar di sebalik insiden berkenaan.

Malah, pelakon itu berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan yang tersebar terbukti benar.

Sebelum ini, tular rakaman CCTV berdurasi 28 saat memaparkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa dipukul berulang kali oleh seorang individu dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Pangsapuri Sri Murni, Selayang.

Insiden tersebut mengundang kemarahan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas timbul dakwaan individu terbabit merupakan warga Rohingya dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap orang Melayu.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai identiti individu serta kenyataan berbaur penghinaan itu masih belum disahkan pihak berkuasa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi